Sunday, September 11, 2005

apa yang kita ratapkan?

apa yang kita ratapkan?
tuhan itu Maha Adil bukan?
sudah tertulis yang Dia memang Maha penyayang.
barangkali kita terlupa.
sebab kitu kita selalu merintih,
merintih sesal, merintih kesal, merintih kecewa.
merintih kerana apa yang kita mahukan,
ternyata benda yang mengecewakan,
kita mahu gelap,
kita mahukan kekosongan,
kita mahu jauh,
sedangkan dia mahu kita dekat,
dekat dalam pangkuannya...
bagai anak nakal yang sentiasa mahukan perhatian,
kita merengek, kita merajuk jauh,
kita harapkan dia untuk datang memujuk,
kita mahukan dia berhenti memandang orang lain,
dan hanya memakukan matanya kearah kita,
anak nakalnya yang sentiasa mahukan perhatian dan cintanya seorang...
namun, bagai seorang ibu yang punyai anak ramai,
kadang-kadang dia tidak cepat memandang ke arah kita,
melayan karenah degil kita,
memujuk kita yang selalu merajuk,
bagai seorang ibu yang terlalu sibuk melayan karenah anak-anak kecilnya yang ramai,
dia tidak dapat memberikan apa yang kita mahukan itu dengan cepat,
tapi, dalam hatinya, kasih terhadap anak kecil yang nakal itu
terlalu agung untuk diukur,
terlalu suci untuk dibicara,
terlalu hebat untuk ditafsir...
sayangnya tak terhingga,
cintanya melampaui ukuran...
tetapi anak nakal itu tidak mahu mengalah,
dia menunjukkan kenakalan dan kedegilannya,
masih tidak berpuas hati dengan apa yang ada,
dia mula membuat nakal, menunjukkan degilnya,
sehingga dia terjatuh dan luka,
dia mula menangis menjerit...

apa yang kita ratapkan?
hanya kerana kita terlalu degil untuk mengalah,
kita mahu meratap?
hanya kerana kita tidak mahu menerima hakikat,
bahawa kita tak mungkin dapat semua yang kita mahukan,
dan kita menjadi orang yang tamak,
itu yang mahu dijadikan alasan
untuk kita ratapkan?

apa yang kita ratapkan?
bersyukurlah,
terimalah hakikat,
bahawa, cintanya pada kita,
terlalu besar dan agung,
melangkaui ukuran akal...

apa yang kita ratapkan?
lihat lihat,
renung renung,
terimalah yang sebenarnya,
kita memang rindukannya,
kita memang cintakannya,
cuma nafsu yang menghalang dan sentiasa menghasut,
untuk tidakpercaya bahawa,
kita memang sentiasa dahaga,
kita sentiasa dahagakan cintanya...

mungkin,
bila kita sudah boleh menerima,
dan kembali padanya,
seperti anak kecil yang nakal,
berlari balik pada ibunya,
dan mengadukan tentang luka dikakinya,
lalu,dipeluk kuat ibunya dan
dengan penuh kasih,
dia memberikan kita satu ciuman,
dan menyayikan lagu tidur yang tenang,
mendodoikan si anak nakal yang baru insaf,
sehingga tidur nyenyak,
dalam pangkuan si ibu yang cintakannya...

enough said.






1 comment:

d|aBoL|c e'En said...

not only it makes me think deeply, but it somehow scared the s*** outta me... hehe...miss u aiman..yeah i'll be free soon, but i'm going off to s'pore! wahaha nak ikut?! eheheh